CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Wednesday, September 21, 2016

KEMPEN CINTA ALLAH S.W.T DAN NABI MUHAMMAD S.A.W(RASULULLAH S.A.W)


sama-sama kita gunakan KUASA VIRAL yang sering disalahgunakan kepada cara yang lebih menepati syariat iaitu jadikan sebagai alat untuk PROMOSI ISLAM KE SELURUH DUNIA

KUASA CINTA telah disalahgunakan oleh manusia yang tidak beriman untuk merosakkan generasi islam masakini. maka tanggungjawab kita sebagai orang yang beriman untuk menggunakan KUASA CINTA ke landasan yang betul.

BAGAIMANA?

ANDA BOLEH copy dan paste gambar diatas dan VIRALKAN dimana-mana sahaja media sosial yang anda suka.

ANDA BOLEH print dan tampal di bilik,ruang tamu atau dimana-mana sahaja yang sesuai

ANDA BOLEH print kemudia LAMINATE dan berikan kepada seramai orang islam yang berdekatan dengan anda

kesimpulannya, ANDA BOLEH gunakan apa cara yang sesuai untuk menyebarkan gambar diatas agar sampai kepada rakan dan orang islam seramai yang anda mampu.

semoga usaha kecil yang kita lakukan ini mendapatkan ganjaran kebaikan dari Allah s.w.t yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG

Aamin.....

Tuesday, September 6, 2016

JANGAN MALU BELAJAR AL-QURAN

JANGAN MALU bila tak pandai baca Al-Quran,

Muda atau tua tetap masih kena belajar Al-Quran,

Selagi Nyawa dikandung badan,

Agar tidak wujud penyesalan,

Apabila jasad dan roh dipisahkan,

Harta,wang dan pangkat sudah tidak boleh digunakan,

Yang ada hanya bekalan,

Hasil amal kebaikan yang telah dilakukan,

Termasuk amalan membaca Al-Quran,

Ketika itu barulah merasa ruginya tak pandai baca Al-Quran.

Oleh itu wahai rakan,taulan, sahabat dan teman,

Marilah kita membaca Al-Quran,

Dengan penuh tertib dan ikut aturan,

Semua itu boleh dicapai dengan belajar asas Al-Quran,

Dengan talaqqi guru yang perlu diutamakan,

Paling sibuk pun InsyaAllah IQRA’ BINA sedia beri bantuan,

Bila-bila masa kita boleh belajar ilmu Al-Quran,

Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan,

InsyaAllah…Jom Belajar Ilmu Al-Quran dengan IQRA’ BINA :)

 

Yang benar,

CikguZaidiRazali
5/9/2016 6.30 petang
PAGE FB CikguZaidiRazali

Friday, September 2, 2016

MOTIVASI DARI TUHAN untuk saya cinta Al-Quran SELAMANYA


Insyaallah, dengan keazaman dan semangat perjuangan yang wujud dalam diri, misi mencintai Al-Quran boleh dicapai oleh setiap manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul.

SAYA BOLEH!!



p/s: "saya" adalah mewakili diri anda yang membaca tulisan ini, bukan hanya merujuk pada diri penulis blog ini. kerana "SAYA" lebih memberi "power" kepada diri sendiri berbanding kata ganti nama lain :)

Thursday, September 1, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT : KORBAN



KORBAN

i. Pengertian
·      menyembelih ternakan tertentu (al-an’am) pada
        Hari raya Aidil Adha dan pada hari- hari tasyrik
        kerana beribadah kepada Allah .

ii. Hukum korban
·      Sunat muakad bagi yang mampu
·      Sunat kifayah bagi sesebuah keluarga
·      Wajib jika bernazar

iii. Syarat-syarat sah korban
·    Binatang ternakan tertentu seperti
       kambing biri-biri,lembu
·    Ternakan tidak cacat
·    Ternakan cukup umur
·    Niat kerana Allah

iv. Waktu korban
·    Selepas naik matahari atau solat hari raya korban
      hingga jatuh matahari hari tasyrik (13 Zulhijjah )

v. Hukum pembahagian daging korban
·    Wajib disedekahkan kepada fakir miskin
·    Harus dibuat jamuan untuk orang ramai
      termasuk orang kaya
·    Haram diberi kepada orang kafir
·    Daging korban nazar haram dimakan oleh
      orang yang berkorban

vi. Sunat korban
·    Membaca bismillah,selawat atas Nabi
·    Menggunakan alat sembelihan yang tajam
·    Binatang yang disembelih mengadap kiblat
·    Memilih binatang yang sihat

vii. Pembahagian daging korban
·    1/3 bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
·    1/3 dimasak untuk jamuan
·    1/3 dimakan oleh orang berkorban

JOM BACA AL-QURAN :)