CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Tuesday, September 6, 2016

JANGAN MALU BELAJAR AL-QURAN

JANGAN MALU bila tak pandai baca Al-Quran,

Muda atau tua tetap masih kena belajar Al-Quran,

Selagi Nyawa dikandung badan,

Agar tidak wujud penyesalan,

Apabila jasad dan roh dipisahkan,

Harta,wang dan pangkat sudah tidak boleh digunakan,

Yang ada hanya bekalan,

Hasil amal kebaikan yang telah dilakukan,

Termasuk amalan membaca Al-Quran,

Ketika itu barulah merasa ruginya tak pandai baca Al-Quran.

Oleh itu wahai rakan,taulan, sahabat dan teman,

Marilah kita membaca Al-Quran,

Dengan penuh tertib dan ikut aturan,

Semua itu boleh dicapai dengan belajar asas Al-Quran,

Dengan talaqqi guru yang perlu diutamakan,

Paling sibuk pun InsyaAllah IQRA’ BINA sedia beri bantuan,

Bila-bila masa kita boleh belajar ilmu Al-Quran,

Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan,

InsyaAllah…Jom Belajar Ilmu Al-Quran dengan IQRA’ BINA :)

 

Yang benar,

CikguZaidiRazali
5/9/2016 6.30 petang
PAGE FB CikguZaidiRazali

JOM BACA AL-QURAN :)