CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Sunday, April 2, 2017

FORMAT KERTAS SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)



Sebagai panduan kepada pelajar yang mengambil matapelajaran pendidikan islam dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM)

Monday, March 6, 2017

POSTER AYAT AL-QURAN (SURAH AT-TIN AYAT 4 HINGGA 6)



"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (Jikalau dia panjang umur sehingga tua ataupun menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (usia yang tua). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus."

(Surah At-Tin ayat 4 hingga 6)

ayat ini menjelaskan bahawa orang tua yang secara konsisten beribadah pada usia muda tetap diberikan pahala seperti zaman muda walaupun jumlah ibadah pada usia tua semakin berkurang disebabkan keuzuran. 

(Tafsir Al-Qurtubi) 

p/s:beruntungnyerr orang muda yang dekat dengan Allah s.w.t. semoga ayat ini menjadi penguat semangat buat orang muda yang soleh di luar sana.
KETAHUILAH anda sangat BERUNTUNG! :)

Saturday, March 4, 2017

KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2

ARAHAN: Sila pilih jawapan sama ada A atau B bagi setiap soalan. 
KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2

KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2


  1. Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
    PERKAHWINAN PERLUMBAAN
  2. Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang suami
    MERISIK MAKAN
  3. Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.
    MENOLONG MEMINANG
  4. Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
    WALI SAKSI
  5. Wali yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Contohnya bapa dan datuk
    WALI MUJBIR MALI SINI
  6. Mereka yang diberi kuasa oleh sultan / pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab, untuk mengahwinkannya
    WALI NASIB WALI HAKIM
Disediakan oleh CikguZaidiRazali(credit to blog ustaznazritawau.blogspot.com)

Thursday, February 16, 2017

KUIZ ISTILAH AKIDAH ISLAM SPM : DOSA BESAR 1



ARAHAN: Sila pilih jawapan yang betul sama ada A atau  B.
KUIZ ISTILAH AKIDAH : DOSA BESAR 1

KUIZ ISTILAH AKIDAH : DOSA BESAR 1


  1. Menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan.
    SYIRIK KUFUR
  2. Tidak percaya kepada Allah S.W.T serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w
    KHURAFAT KUFUR
  3. Berpaling atau keluar daripada agama Islam
    REDAH RIDDAH
  4. ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan bertujuan memudharatkan orang lain
    NIFAK SIHIR
  5. kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama sedangkan ia bertentangan dengan akidah Islam
    KHALIFAH KHURAFAT
  6. berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya kufur dan benci kepada Islam
    NIFAK NAFKAH
Disediakan oleh CikguZaidiRazali

Saturday, February 11, 2017

KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 1

ARAHAN: Sila pilih jawapan sama ada A atau B bagi setiap soalan.
KUIZ ISTILAH

KUIZ ISTILAH


  1. Cahaya petunjuk Allah swt ke arah kebenaran HIDAYAH AMANAH
  2. Perbendaharaan Allah swt KHEMAH KHAZANAH
  3. Seseorang yang keluar dari Islam MULHID MURTAD
  4. perasaan kurang senang melihat kelebihan orang lain DENGKI GEMBIRA
  5. Kumpulan yang berpegang teguh dgn Al-Quran & sunnah serta perkara yg dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bidaah AHLI BIDAAH WAL ALAMAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Dihasilkan oleh Cikgu Zaidi Razali

JOM BACA AL-QURAN :)