CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Monday, March 6, 2017

POSTER AYAT AL-QURAN (SURAH AT-TIN AYAT 4 HINGGA 6)



"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (Jikalau dia panjang umur sehingga tua ataupun menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (usia yang tua). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus."

(Surah At-Tin ayat 4 hingga 6)

ayat ini menjelaskan bahawa orang tua yang secara konsisten beribadah pada usia muda tetap diberikan pahala seperti zaman muda walaupun jumlah ibadah pada usia tua semakin berkurang disebabkan keuzuran. 

(Tafsir Al-Qurtubi) 

p/s:beruntungnyerr orang muda yang dekat dengan Allah s.w.t. semoga ayat ini menjadi penguat semangat buat orang muda yang soleh di luar sana.
KETAHUILAH anda sangat BERUNTUNG! :)

Saturday, March 4, 2017

KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2

ARAHAN: Sila pilih jawapan sama ada A atau B bagi setiap soalan. 
KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2

KUIZ ISTILAH SPM PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2


  1. Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
    PERKAHWINAN PERLUMBAAN
  2. Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang suami
    MERISIK MAKAN
  3. Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.
    MENOLONG MEMINANG
  4. Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
    WALI SAKSI
  5. Wali yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Contohnya bapa dan datuk
    WALI MUJBIR MALI SINI
  6. Mereka yang diberi kuasa oleh sultan / pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab, untuk mengahwinkannya
    WALI NASIB WALI HAKIM
Disediakan oleh CikguZaidiRazali(credit to blog ustaznazritawau.blogspot.com)

JOM BACA AL-QURAN :)