CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Thursday, September 1, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT : KORBAN



KORBAN

i. Pengertian
·      menyembelih ternakan tertentu (al-an’am) pada
        Hari raya Aidil Adha dan pada hari- hari tasyrik
        kerana beribadah kepada Allah .

ii. Hukum korban
·      Sunat muakad bagi yang mampu
·      Sunat kifayah bagi sesebuah keluarga
·      Wajib jika bernazar

iii. Syarat-syarat sah korban
·    Binatang ternakan tertentu seperti
       kambing biri-biri,lembu
·    Ternakan tidak cacat
·    Ternakan cukup umur
·    Niat kerana Allah

iv. Waktu korban
·    Selepas naik matahari atau solat hari raya korban
      hingga jatuh matahari hari tasyrik (13 Zulhijjah )

v. Hukum pembahagian daging korban
·    Wajib disedekahkan kepada fakir miskin
·    Harus dibuat jamuan untuk orang ramai
      termasuk orang kaya
·    Haram diberi kepada orang kafir
·    Daging korban nazar haram dimakan oleh
      orang yang berkorban

vi. Sunat korban
·    Membaca bismillah,selawat atas Nabi
·    Menggunakan alat sembelihan yang tajam
·    Binatang yang disembelih mengadap kiblat
·    Memilih binatang yang sihat

vii. Pembahagian daging korban
·    1/3 bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
·    1/3 dimasak untuk jamuan
·    1/3 dimakan oleh orang berkorban

JOM BACA AL-QURAN :)