CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Wednesday, August 31, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT : SEMBELIHAN



SEMBELIHAN

i. Pengertian
·      Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan                                            dengan cara memutus urat halkum dan urat marik dengan                          menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

ii. Rukun
·      Penyembelih
·      Binatang sembelihan
·      Alat sembelihan

iii. Syarat sah
·       Penyembelih
§    Islam
§    Tidak dalam ihram haji atau umrah

·       Binatang sembelihan
§    Halal dimakan.
§    Mati dengan sekali sembelihan.
§    Putus urat halkum dan urat marik.

·       Alat sembelihan
§    Benda yang tajam kecuali gigi, tulang,
      kuku, rambut dan tali.

iv. Perkara Sunat Sembelihan

·      Menyebut nama Allah (bismillah).
·      Menyembelih bahagian pangkal leher dengan
        memutuskan kedua-dua urat (halkum/marik)
·      Membaca selawat.
·      Menggunakan alat sembelihan paling tajam.
·      Menghadapkan binatang ke arah kiblat .
·      Membaringkan binatang sebelah rusuk kiri.
·      Melakukan sembelihan disiang hari.



v. Hikmah
·      Boleh mematikan binatang dengaqn cepat dan selamat.
·      Memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu.
·      Sembelihan dengan nama Allah untuk memeliharakan aqidah.
·      Sebagai tanda kehurmatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah.
·      Membezakan di antara daging yang halal dan haram.

JOM BACA AL-QURAN :)