CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Monday, August 22, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT: LAMBAIAN KAABAH 1



1. HAJI
i.  Pengertian haji
·      Bahasa - kunjung
·      Istilah - Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat tertentu, pada masa tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.

ii. Pengertian umrah
·      Bahasa ziarah
·      Istilah Menziarahi Baitullah al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu

iii. Hukum mengerjakan haji dan umrah
·      Wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan

iv. Hikmah haji
1. Individu
·    Menghapuskan dosa-dosa kecil
·    Membersihkan jiwa daripada maksiat
·    Meningkatkan keimanan
·    Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah

2. Masyarakat
·    Saling berkenalan sesama umat Islam
·    Membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam
·    Meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam
·    Menyatupadukan umat Islam tanpa mengira bangsa dari seluruh dunia

JOM BACA AL-QURAN :)