5. DAM
i. Pengertian
· Bahasa – darah
· Istilah - Denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana melakukan kesalahan
semasa mengerjakan haji
dan
umrah
ii. Jenis-jenis dam dan konsepnya
· Dam Tertib - Dam yang
dibayar mengikut susunan
· Dam Takdil - Dam yang
dibolehkan membayar
mengikut
nilaian harga dam
· Dam Takdir - Dam yang
dibayar mengikut kadar yang
ditentukan mengikut
kemampuan
· Dam Takhyir - Dam yang dibolehkan memilih
mana-mana jenis dam yang telah
ditetapkan oleh syarak
(a) DAM TERTIB DAN TAKDIR
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan:
¨ Mengerjakan haji Tamattuk atau haji Qiran
¨ Meninggalkan perkara
wajib
haji
¨ Tidak mengerjakan tawaf Widak
¨ Meninggalkan wukuf di
Padang Arafah
¨ Meninggalkan perkara sunat yang dinazarkan
Dam yang wajib dibayar:
¨ Menyembelih seekor kambing
¨ Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama sepuluh hari
, tiga hari
semasa
mengerjakn haji dan tujuh hari ditempat
sendiri
(b) DAM TERTIB DAN TAKDIL
Kesalahan-kesalahan
yang
dilakukan:
¨ Melakukan persetubuhan
sebelum melakukan tahallul awal
Dam yang wajib dibayar:
¨ Menyembelih seekor unta,
jika tidak mampu
¨ Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu
¨ Menyembelih tujuh ekor kambing,jika tidakmampu
¨ Bersedekah makanan mengikut
nilai seekor unta,
jika tidak mampu
¨ Berpuasa mengikut
bilangan cupak makanan yang dapat
dibeli
dengan
nilai seekor unta
(c) DAM TAKHYIR DAN TAKDIL
Kesalahan-kesalahan
yang
dilakukan:
¨ Berburu binatang buruan
¨ Menebang,mengerat,mencabut atau memusnahkan pokok di Tanah
Haram Mekah
Dam yang wajib
dibayar:
¨ Menyembelih binatang yang
boleh dibuat korban seperti kambing
¨ Bersedekah makanan mengikut
nilai harga seekor kambing
¨ Berpuasa mengikut
bilangan cupak makanan yang dapat
dibeli
dengan
harga kambing
tersebut
(d) DAM TAKHYIR DAN TAKDIR
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan:
¨ Menggugurkan sekurang-kurangnya
tiga helai rambut
¨ Memotong kuku
¨ Memakai pakaian yang dilarang
semasa ihram
¨ Memakai minyak
rambut
¨ Memakai bau-bauan
¨ Bercumbu-cumbuan
¨ Bersetubuh selepas tahalul
awal
sebelum tahalul thani
¨ Bersetubuh untuk kali yang kedua selepas jimak yang merosakkan haji
Dam yang wajib dibayar:
¨ Menyembelih seekor kambing atau
¨ Bersedekah kepada
enam fakir
miskin dengan setiap seorang dua cupak
atau
¨ Berpuasa selama tiga hari
iii. Hikmah-hikmah dam
· Supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadah
· Supaya jemaah
haji menjaga
disiplin semasa menunaikan ibadah haji
· Supaya
jemaah haji sentiasa berwaspada
daripada melakukan larangan semasa
ihram
· Supaya
jemaah haji dapat
menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap amalan yang dilakukan
·
Supaya jemaah
haji
dapat
menunaikan haji dengan
teratur
· Untuk menguji kesabaran
dan ketabahan jemaah haji
· Supaya orang islam
memahami
bahawa setiap kesalahan ada
hukumnya