RUKUN HAJI
3.2 TAWAF
i. Pengertian
· Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali
dengan syarat-syarat
sekali
ii. Jenis-jenis tawaf
· Tawaf Qudum – Tawaf selamat datang hukumnya sunat
· Tawaf Sunat - Tawaf ketika menziarahi
Masjidil Haram
hukumnya sunat
· Tawaf Rukun atau Ifadhah – Tawaf yang
dilakukan dalam ibadat haji atau
umrah hukumnya
wajib
· Tawaf Wadak - Tawaf selamat tinggal bagi jemaah haji
atau umrah yang
hendak meninggalkan kota Mekah hukumnya
wajib
· Tawaf Nazar - Tawaf yang ditunaikan kerana sesuatu nazar
hukumnya wajib
iii. Syarat tawaf
· Suci daripada najis, hadas pada badan dan
pakaian
· Menutup aurat
· Bermula
pada garisan yang
bersetentangan dengan Hajarul Aswad
· Berjalan ke arah hadapan
dan bahu kiri sentiasa menghadap
Kaabah
· Cukup tujuh kali
pusingan
· Dilakukan dalam Masjidil Haram
dan
di luar Kaabah
iv. Sunat-sunat tawaf
· Beristilam atau berjabat
ke Hajaral
aswad kemudian mengucup tapak tangan apabila sampai bertentangannya
· Melakukan berturut-turut tujuh pusingan tanpa henti
· Melakukan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan berdoa
v. Hikmah tawaf
· Supaya menyedari akan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t.
· Supaya mereka
dapat
mengingati kembali
usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
Nabi Ibrahim
as bersama anaknya
Nabi Ismail
as
ketika membina Kaabah
· Dapat memperkukuh keimanan kepada Allah
· Dapat menambahkan ketaqwaan kepada Allah di dalam diri manusia.