CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Monday, August 29, 2016

MISI ROAD TO LOVE AL QURAN - KHATAM AL-QURAN DALAM MASA 10 BULAN!

Assalamualaikum kepada semua rakan2 seperjuangan.

Alhamdulillah, kali ini dapat juga dibuat satu lagi borang khas bagi menjayakan misi yang lebih pantas dan "mampu capai" bagi kebanyakan kita. sebenarnya ramai yang boleh lebih pantas dan lebih hebat, cuma idea ini bagi membantu lebih ramai saudara seislam kita yang sebelum ini rasa sukar supaya nampak lebih mudah mencapainya.

misi khatam al-quran kali ini adalah menyasarkan khatam al-quran sepantas 10 bulan (setiap hari konsisten). maknanya setiap tahun anda boleh meyakinkan diri mampu khatam al-quran walaupun bukan berada didalam bulan Ramadan.


Borang ini adalah berdasarkan senario berikut:
1) anda hanya mampu menjumpai "masa" anda untuk baca al-quran selama 10 minit sahaja setiap hari.
2) anda hanya mampu membaca al-quran sebanyak 2 halaman sahaja dalam satu hari
3) anda teringin mengkhatam al-quran dalam masa 10 bulan secara perlahan-lahan dan bersistem.

 Baiklah. tanpa berlengah,sila KLIK DISINI UNTUK MENDOWNLOAD

 Mohon share@ kongsikan borang ini dengan kawan-kawan,adik beradik dan saudara seislam diluar sana. 


JOM BACA AL-QURAN :)