CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Sunday, August 28, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT: LAMBAIAN KAABAH 8




5. DAM

i. Pengertian
·    Bahasa darah
·    Istilah -  Denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji dan umrah

ii. Jenis-jenis dam dan konsepnya
·      Dam Tertib  - Dam yang dibayar mengikut susunan
·      Dam Takdil  - Dam yang dibolehkan membayar mengikut nilaian harga dam
·      Dam Takdir   - Dam yang dibayar mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan
·      Dam Takhyir - Dam yang dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang telah  
                                ditetapkan oleh syarak


(a)   DAM TERTIB DAN TAKDIR

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan:
¨   Mengerjakan haji Tamattuk atau haji Qiran
¨   Meninggalkan perkara wajib haji
¨   Tidak mengerjakan tawaf Widak
¨   Meninggalkan wukuf di Padang Arafah
¨   Meninggalkan perkara sunat yang dinazarkan

Dam yang wajib dibayar:
¨   Menyembelih seekor kambing
¨   Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama sepuluh hari , tiga hari semasa   
      mengerjakn haji dan tujuh hari ditempat sendiri


(b)   DAM TERTIB DAN TAKDIL

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan:
¨   Melakukan persetubuhan sebelum melakukan tahallul awal

Dam yang wajib dibayar:
¨   Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu
¨   Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu
¨   Menyembelih tujuh ekor kambing,jika tidakmampu
¨   Bersedekah makanan mengikut nilai seekor unta, jika tidak mampu
¨   Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta


(c)   DAM TAKHYIR DAN TAKDIL

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan:
¨   Berburu binatang buruan
¨   Menebang,mengerat,mencabut atau memusnahkan pokok di Tanah Haram Mekah

Dam yang wajib dibayar:
¨   Menyembelih binatang yang boleh dibuat korban seperti kambing
¨   Bersedekah makanan mengikut nilai harga seekor kambing
¨   Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga kambing
      tersebut

(d)   DAM TAKHYIR DAN TAKDIR

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan:
¨   Menggugurkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut
¨   Memotong kuku
¨   Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
¨   Memakai minyak rambut
¨   Memakai bau-bauan
¨   Bercumbu-cumbuan
¨   Bersetubuh selepas tahalul awal sebelum tahalul thani
¨   Bersetubuh untuk kali yang kedua selepas jimak yang merosakkan haji

Dam yang wajib dibayar:
¨   Menyembelih seekor kambing atau
¨   Bersedekah kepada enam fakir miskin dengan setiap seorang dua cupak atau
¨   Berpuasa selama tiga hari


iii. Hikmah-hikmah dam

·      Supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadah
·      Supaya jemaah haji menjaga disiplin semasa menunaikan ibadah haji
·      Supaya jemaah haji sentiasa berwaspada daripada melakukan larangan semasa ihram
·      Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap amalan yang dilakukan
·      Supaya jemaah haji dapat menunaikan haji dengan teratur
·      Untuk menguji kesabaran dan ketabahan jemaah haji
·      Supaya orang islam memahami bahawa setiap kesalahan ada hukumnya

JOM BACA AL-QURAN :)