CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Monday, August 22, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT: LAMBAIAN KAABAH 2




2. UPAH HAJI

i. Pengertian
·      Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain

ii. Hukum
·      Harus

iii. Sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain
·      Telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji sedangkan berkemampuan sebelumnya
·      Tidak berkeupayaan fizikal seperti terlalu tua atau berpenyakit yang tiada harapan sembuh

iv. Hikmah
·      Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
·      Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
·      Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia

JOM BACA AL-QURAN :)