CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Tuesday, August 23, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT: LAMBAIAN KAABAH 4




 RUKUN HAJI

3.2 TAWAF

i. Pengertian
·      Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat sekali

ii. Jenis-jenis tawaf
·      Tawaf Qudum Tawaf selamat datang hukumnya sunat

·      Tawaf Sunat     - Tawaf ketika menziarahi Masjidil Haram hukumnya sunat

·      Tawaf Rukun atau Ifadhah Tawaf yang dilakukan dalam ibadat haji ata
                                                         umrah hukumnya wajib

·      Tawaf Wadak  - Tawaf selamat tinggal bagi jemaah haji atau umrah yang  
                                    hendak meninggalkan kota Mekah hukumnya wajib

·      Tawaf Nazar  - Tawaf yang ditunaikan kerana sesuatu nazar hukumnya wajib

iii. Syarat tawaf
·      Suci daripada najis, hadas pada badan dan pakaian
·      Menutup aurat
·      Bermula pada garisan yang bersetentangan dengan Hajarul Aswad
·      Berjalan ke arah hadapan dan bahu kiri sentiasa menghadap Kaabah
·      Cukup tujuh kali pusingan
·      Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar Kaabah

iv. Sunat-sunat tawaf
·      Beristilam atau berjabat ke Hajaral aswad kemudian mengucup tapak tangan apabila sampai bertentangannya
·      Melakukan berturut-turut tujuh pusingan tanpa henti
·      Melakukan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan berdoa

v. Hikmah tawaf
·    Supaya menyedari akan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t.
·    Supaya mereka dapat mengingati kembali usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
Nabi Ibrahim as bersama anaknya Nabi Ismail as ketika membina Kaabah
·    Dapat memperkukuh keimanan kepada Allah
·    Dapat menambahkan ketaqwaan kepada Allah di dalam diri manusia.

JOM BACA AL-QURAN :)