CARIAN DI SINI

LAMAN PENDIDIKAN ISLAM INI BERTUJUAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI ILMU BAGI SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MENAMBAH PENGETAHUAN BERKAITAN ISLAM TERUTAMA PELAJAR. INSYAALLAH BLOG INI AKAN MENJADI MEDIUM PEMBELAJARAN MAYA (ICT) BAGI MEREKA YANG MENYUKAI DUNIA TANPA SEMPADAN.

HADIS HARI INI

Wednesday, August 24, 2016

NOTA PAI SPM 5 MINIT: LAMBAIAN KAABAH 5



RUKUN HAJI

3.3 SAIE

i. Pengertian
·      Berulang alik di antara bukit Sofa dan Bukit Marwah
        sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat yang tertentu

ii. Syarat-syarat saie
·      Hendaklah dilakukan setelah tawaf rukun atau
        selepas tawaf Qudum
·      Bermula dari Bukit Sofa dan berakhir di Bukit Marwah
·      Mencukupi tujuh kali
·      Hendaklah sampai ke kedua-dua bukit tersebut
·      Dikerjakan di Batnul Wadi iaitu di tempat yang telah ditentukan
·      Hendaklah niat saie kerana Allah di Bukit Sofa

iii. Sunat-sunat saie
·      Mendaki pada kedua-dua bukit tersebut apabila
        setiap kali sampai ke sana
·      Berlari-lari anak di antara kedua-dua bukit
·      Keluar mengikut pintu Bukit Sofa apabila sudah selesai saie

iv. Hikmah saie
·      Mengingati kembali kisah Siti hajar yang telah berlari
        ke sana ke mari untuk mendapatkan air minuman untuk
        anaknya Nabi Ismail yang masih kecil
·      Mengukuhkan keimanan seseorang kepada Allah kerana
        menjalankan perintah Allah
·      Mengerjakan ibadat saie melambangkan syiar agama Islam
·      Mendidik umat Islam supaya tabah dan sabar dalam
        melakukan pekerjaan

JOM BACA AL-QURAN :)